::my cute followers::


Friday, April 8, 2011

Kronologi Kisah Abah

episode ii
Disember 2010_Abah diberikan rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dengan pelbagai rawatan untuk mengembalikan kesihatan abah. Doktor memaklumkan bahawa batu yang terdapat di dalam saluran antara buah pinggang dan pundi kencing itu menyebabkan sistem kumbahan abah gagal berfungsi dengan lancar. Ini boleh menyebabkan buah pinggang mengalami kegagalan berfungi. Oleh yang demikian, doktor telah menyarankan beberapa kaedah rawatan bagi mencegah buah pinggang abah gagal berfungsi. Batu karang tersebut perlu dibuang agar sistem kumbahan tersebut boleh berfungsi dengan baik. Namun untuk menunggu pembedahan tersebut sangat memakan masa kerana hospital kerajaan mempunyai giliran yang sangat ramai. Oleh itu, doktor akan melakukan kaedah sementara bagi membantu mengurangkan masalah kepada buah pinggang tersebut. Abah telah ditebuk dibahagian belakang iaitu di bahagian buah pinggang untuk mengeluarkan urine yang berada di buah pinggang melalui tiub yang dipasang. Kasihan abah.....



bersambung....

No comments:


play or stop

My Blog List

 

SuDuT BaJuKuRunG | Copyright © 2011
Designed by cik shiqa || | Template by Cik Shiqa