November 2010 _ Abah mengadu sakit perut yang teramat sangat yang menyebabkan sakit pinggang dan kegagalan dalam melaksanakan qada' hajat. Selepas 2 hari kesakitan itu tidak pulih setelah mak menyapukan ubat, abah akhirnya bersetuju untuk ke klinik swasta. Aku membawanya ke klinik swasta berdekatan. Hasil pemeriksaan doktor dari klinik berkenaan, buah pinggang abah mengalami bengkak dan disyorkan untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital besar daerah. Setelah kembali dari klinik terbabit, abah mengambil ubat yang diberikan doktor, namun sakit tersebut masih mengganggu abah. Akhirnya atas pujukan emak, abah bersetuju untuk meneruskan pemeriksaan di Hospital Besar Batu Pahat,Johor. Selesai pemeriksaan, doktor memutuskan abah perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Maka bermulalah episode abah menjalani rawatan di hospital. Setelah beberapa hari abah ditahan di wad, doktor mengesahkan abah mempunyai batu karang yang terletak di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing. Kes abah akhirnya dirujuk di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment