Minggu lalu, aku menghadapi pengalaman yang banyak mengajar aku erti kasih sayang Allah. Aku mungkin tidak sedar bahawa aku sudah makin jauh dengan Allah. Aku rasa aku ingat pada Dia tapi hakikanya Bagaimana? Itulah yang aku tidak sedar...
Namun dalam Allah masih menyayangi aku...Alhamdulillah...Bersyukurnya aku...Jika Tidak aku akan terus hanyut dengan kealpaan aku. Masya Allah.....
Jika tidak kerana ujian yang diturunkan kepadaku mungkin aku masih alpa. Walau aku sudah jatuh terduduk yang meninggalkan kesan yang sangat sakit, sakit yang tak terhitung...hikmah dan rahmat Dia lah yang membuatkan aku mampu untuk bangun kembali. Maha suci Allah....
Jadi....ermmmm aku mula untuk membina diri kembali...jgn putus harap kerana rahmat Allah itu sangat luas...alhamdulillah...untuk aku: stop crying ok...move on...and...bertawakkalah...;)
untuk kamu yg menghadapi ujian Allah: aku doakan semoga rahmat allah sentiasa untuk kamu!
sebelum menutup entry kali ini... aku ada tinggalkan satu doa untuk kita semua amalkan ketika dalam kesusahan...
1) Tawakkal kepada Allah.
حَسْبِيَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ
-HR IBNU SUNNI-
Penolongku ialah Allah tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya juga aku berserah dan Dia lah yang memelihara Arasy yang besar.
2) Zikir ketika kesusahan
لاَ إِلَهَ اِلَّا اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْض
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ
Tiada tuhan melainkan Allah yang maha Agung,
Tiada tuhan melainkan Allah, tuhan Arasy yang Agung,
Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan langit dn bumi serta Tuhan Arasy yang Mulia.
-rujukan: buku amalan doa-
-------
p/s : Mudah-mudahan doa dan zikir ini dapat membantu diri kita untuk kembali tenang dengan bantuanya . I'Allah.
No comments:
Post a Comment