::my cute followers::


Tuesday, June 7, 2011

Kronologi Kisah Abah

episode iii


Jan-Mac 2011_ abah menjalani kehidupan berbeza dari kebiasaanya. Abah perlu membawa urine bag (catherer) kemana sahaja dia bergerak. Abah sekarang sudah jarang keluar bilik. Bukan apa, perasaan takut abah untuk membawa urine bag yang melekat di belakangnya itu akan tertanggal menghantui perasaannya yang menyebabkan pergerakan abah terbatas. Arghhh...melihatnya saja mambuatkan hatiku sayu melihat abah. Tiada semangat seperti selalu. Setiap dua hari sekali abah perlu ke poliklinik daerah Batu Pahat untuk dressing ( di bahaggian salur urine bag di belakang bahagian pinggang abah). Berulang-alik ke poliklinik memang memenatkan abah. Namun itulah yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan kuman. Apa yang membanggakan kami, staff di poliklinik sangat bersungguh dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kadang-kadang masalah tiub yang dipasang di pinggang abah bermasalah diluar waktu poliklinik beroperasi. Aku akan menghubungi MA poliklinik berkenaan. Dengan senang hati mereka akan membantu walau hanya dengan panggilan telefon. Alhamdulillah dengan sokongan mereka abah kembali berkeyakinan.



bersambung.......

No comments:


play or stop

My Blog List

 

SuDuT BaJuKuRunG | Copyright © 2011
Designed by cik shiqa || | Template by Cik Shiqa