::my cute followers::


Monday, November 7, 2011

KSSR

Assalamualaikum, 

Dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani...

Korang sume pernah dgr x KSSR?.....atau perinciannya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).... aku nak share sikit la kat korang berkenaan KSSR nie...actually KSSR nie adalah pembaharuan dlm sistem pendidikan negara...KSSRni menggantikan KBSR sedia ada...KSSR ni merupakan salah satu sokongan kepada NKRA yang di bina bg memantapkan sistem pendidikan negara...

Minggu lalu aku menghadiri kursus KSSR nie...setelah dijalankan KSSR nie bermula januari 2011 kursus pendedahan baru dijalankan november 2011..heheheh..ntah la aku pun x paham kenapa lambat sgt...huhuhu...kesimpulannya pelaksanaan KSSR bg batch 2011 di sek aku tidak berjalan seperti yang di rancangkan...huhuhu...

Kursus yang aku hadiri mendedahkan aku tentang semua perkara yg berkaitan dgn pelaksanaan KSSR....secara amnya Sukatan pelajaran(SP) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) sedia ada di tukar kepada dokumen standard kandungan(DSK) dan dokumen standard pengajaran(DSP)...bukan sekadar nama yg ditukar yer..tp pengisiannya juga...ok sbg maklumat tambahan...KSSR nie juga memansuhkan sistem peperiksaan sumatif..seperti sedia ada...yg ada hanyalah ujian secara formatif atau sumatif yang tidak memberikan rangking kedudukan murid...murid hanya akan dinilai oleh guru mtapelajaran as known as Penilaian berasaskan sekolah ( PBS) dgn nilai Band 1-6( semakin tinggi nilai semakin tinggi prestasi)....peperiksaan hanya berlaku semasa UPSR...so sepanjang persekolahan 40% dinilai (PBS) + dengan 60% UPSR= result...

okey...aku bukan nak bincang tentang apa itu KSSR cz aku rasa banyak da maklumat tentang KSSR nie... tp..ak juz nak share Apa impaknya KSSR nie?

yela setelah banyak modal yang dikeluarkan cam modal pembaharuan terhadap buku teks...budget kursus guru2 selama 5 hari dan macam2 lagi...di akhir kursus yg aku hadiri terdapat satu slot yang menerangkan tentang PBS cam yang aku xplain td...ade satu slide menunjukkan tentang kebrhasilan dari KSSR nie...mmg aku lihat usaha KSSR ni adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dari segi kokurikulum dan kurikulum...sbb sekiranya murid tersebut sudah dikenal pasti mempunyai kemahiran tnggi dalam bidang kemahiran contoh : Ahmad dapat band 6 dalam pendidikan jasmani...tp band 2 dlam matematik, band 3 dlm sains...so guru2 da tau hala tuju murid ini...usahan untuk membantu murid ini untuk pergi kemana lepas upsr dapat di lakukan dgn adenya bahan nukti yang di gnakan dlm KSSR..

selain itu...KSSR ni menekankan sistem bimbingan dan pemulihan terhadap murid di tahap satu....membantu mereka untuk balajar dari segala aspek..tidak menanamkan kefahaman belajar+ periksa=ok selesai... namun KSSR adalah untuk meningkat value dlm diri semua murid2....sememang aku lihat pelaksanaan KSSR agak sedikit susah..almaklum...baru lagikan....NAMUN...jika semua guru mengurangkan rungutan dan meneruskan kepada usaha untuk meningkatkn mutu pendidikan.aku percaya kita mampu untuk mencapai hasil yang baik..apabila kita jujur dan ikhlas melakukannya..i'allah yg susah akn jd senang...I'ALLAH.....

owh ok....tp korang jgn pulak pk ni budget bagus ha!....hehhhehehe...aku sekadar mengingatkan diri aku sendiri...almaklum...kdg2 aku band mls aku sampai band 6 jugak....hahahahhaha....ni hanya ingatan buat diriku yg selalu alpa....(^_^)....

tinggalkanlah kenang-kenangan tuk sy? nk copy?...okey juz give me a credit...hahahaha...


1 comment:

Shiqa Nawar said...

wawa.. cikgu adah, sy nak join kssr leh tak?hehehe


play or stop

My Blog List

 

SuDuT BaJuKuRunG | Copyright © 2011
Designed by cik shiqa || | Template by Cik Shiqa