::my cute followers::


Sunday, April 24, 2011

Di manakah tanggungjawab kamu?

Alkisah 1 : Beberapa minggu yang lalu, aku mengalami kemalangan jalan raya. Alhamdulillah keadaan tidaklah terlalu teruk kerana kemalangan tersebut berlaku akibat kecuaian pemandu tidak memberikan signal menyebabkan dua kereta dihadapanku memberhentikan kereta secara mengejut. Akibat dari itu, kereta kami berciuman diantara satu sama lain serta melibatkan dua kereta lain dibelakangku.Lima kereta terbabit dalam kemalangan tersebut akibat dari sifat kedekut pemandu tersebut untuk menggunakan signal.


Alkisah 2 : Ketika berhenti di trafic light dalam perjalanan pulang dari menghantar kedua orang tuaku dari klinik kesihatan berdekatan sebuah ambulan melalui jalan bertentangan. Aku lihat, ambulan tersebut mengambil masa beberapa minit untuk melepasi deretan kereta yang berhenti di trafic light tersebut. Lambat benar mereka untuk memberi laluan kepada ambulan tersebut.Melihat kepada keadaan jalan tersebut tidaklah sempit sehingga tidak boleh memberi laluan kepada ambulan tersebut. Ermmmm...tidak terfikirkah mereka jika mereka yang berada di dalam ambulan tersebut?


Alkisah 3 : Aku dalam perjalanan menuju ke tempat kerjaku dalam linkungan 6.45 pagi. Ketika aku melalui sebuah sekolah yang mempunyai trafic light pejalan kaki, trafic light tersebut menyala kuning menandakan ada murid sekolah yang mahu melintas. Beberapa buah kereta di laluan aku memberhentikan kereta masing-masing.Dalam murid tersebut melintasi kereta di lalauan kami ada sebuah kereta di laluan bertentangan lalu dengan lajunya melanggar trafic light tersebut. Adakah kerana murid tersebut belum melalui jalan itu maka dengan selambanya pemandu tersebut tidak mengendahkan trafic light tersebut? Ataupun dia tidak perasan trafic light tersebut? Bagaimana jika murid tersebut berlari-lari untuk melintas? Apakah perasaan mereka jika anak-anak mereka diperlakukuan seperti itu?


Mudah-mudahan aku, ahli keluargaku, sahabat handaiku serta muslimin dan muslimat tidak melakukan perkara ini. I'Allah....

Friday, April 8, 2011

Kronologi Kisah Abah

episode ii
Disember 2010_Abah diberikan rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dengan pelbagai rawatan untuk mengembalikan kesihatan abah. Doktor memaklumkan bahawa batu yang terdapat di dalam saluran antara buah pinggang dan pundi kencing itu menyebabkan sistem kumbahan abah gagal berfungsi dengan lancar. Ini boleh menyebabkan buah pinggang mengalami kegagalan berfungi. Oleh yang demikian, doktor telah menyarankan beberapa kaedah rawatan bagi mencegah buah pinggang abah gagal berfungsi. Batu karang tersebut perlu dibuang agar sistem kumbahan tersebut boleh berfungsi dengan baik. Namun untuk menunggu pembedahan tersebut sangat memakan masa kerana hospital kerajaan mempunyai giliran yang sangat ramai. Oleh itu, doktor akan melakukan kaedah sementara bagi membantu mengurangkan masalah kepada buah pinggang tersebut. Abah telah ditebuk dibahagian belakang iaitu di bahagian buah pinggang untuk mengeluarkan urine yang berada di buah pinggang melalui tiub yang dipasang. Kasihan abah.....



bersambung....

Thursday, April 7, 2011

Kronologi Kisah Abah

episode 1

November 2010 _ Abah mengadu sakit perut yang teramat sangat yang menyebabkan sakit pinggang dan kegagalan dalam melaksanakan qada' hajat. Selepas 2 hari kesakitan itu tidak pulih setelah mak menyapukan ubat, abah akhirnya bersetuju untuk ke klinik swasta. Aku membawanya ke klinik swasta berdekatan. Hasil pemeriksaan doktor dari klinik berkenaan, buah pinggang abah mengalami bengkak dan disyorkan untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital besar daerah. Setelah kembali dari klinik terbabit, abah mengambil ubat yang diberikan doktor, namun sakit tersebut masih mengganggu abah. Akhirnya atas pujukan emak, abah bersetuju untuk meneruskan pemeriksaan di Hospital Besar Batu Pahat,Johor. Selesai pemeriksaan, doktor memutuskan abah perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Maka bermulalah episode abah menjalani rawatan di hospital. Setelah beberapa hari abah ditahan di wad, doktor mengesahkan abah mempunyai batu karang yang terletak di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing. Kes abah akhirnya dirujuk di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor.


bersambung.....

Tuesday, April 5, 2011

KahWiN....owh KahWInnnnn....

Perkataan yang sekarang ni menjadi soalan utama apabila seseorang bertemu dengan aku...mula-mula dulu aku buat muka selamba jer la...tersengih-tersengih macam kerang busuk...tapi skang ni da muak da dengar soalan yang sama...bukan la aku tak mahu berkahwin...ish siapa yang tak mahu berkahwin kan?....tapi aku belum bersedia dan yang paling utama belum berjumpa dengan yang serasi...mungkin...sebab tu la aku asyik di tanya soalan2 sebegitu rupa...lagipun aku br berusia 26thn....waduh!.......ni yg mls nk bercampur dgn orang nih...i'allah sampai jodoh aku nanti berkahwin la aku...tapi kadang-kadang bila aku guna pakai ayat nih..banyak pula lecture yg aku terima...sbb tu aku lebih suka jd kerang bsuuk jer...huhu...dan yang paling kurang enak...ramai pula match maker nyer...sampai semua orang bujang diorang recommand dekat aku...waduh!..sabarlah wahai hati...sebenarnya mereka bukanlah sengaja nak sakitkan hati tu...cume niat dihati mahu menolong walau empunya badan tak mahu ditolong...;P

Monday, April 4, 2011

perasaan itu tidak hilang lagi

Adakah ini sesuatu yang aku kesalkan atau apa yang patut aku rasa...kadang-kadang aku terlalu tekad dengan pendirian aku...sampai terlalu bertegas dengan diri sendiri hingga menjadikan diri terasing dengan yang lain..namun dr sudut lain itu adlah yang terbaik...tetapi dalam waktu itu juga aku melihat aku seakan2 akan menyesal dengan keputusan aku...apa yang telah terjadi...kenapa aku tidak teguh dengan pendirian aku sendiri...sebab itu ada pepatah mengatakan menyesal kemudian tidak berguna....

Friday, April 1, 2011

satu kisah satu cerita satu duka lain hati lain rasa

Assalamualaikum,

Hatiku tak keruan, banyak fikir bermenung jauh tak bertempat...kifarahku datang tanpa henti membawa aku kembali ke alam realiti...muhasabah diri apa yang perlu kerana musibah datang kadang sebagai pengingat kadang sebagai kifarah...muhasabah lah hati...agar apa yang kau lalui sebagai perisai masa hadapan...ucapkanlah innalillahi wainnailaihi raji'uunnn andai dilanda musibah...Hati tak keruan perlukan teman namun tidak mahu tersilap langkah biarlah temanku itu Tuhan Yang Esa agar aku tidak tersalah langkah melangkah ke jalan berliku...

play or stop

My Blog List

 

SuDuT BaJuKuRunG | Copyright © 2011
Designed by cik shiqa || | Template by Cik Shiqa