::my cute followers::


Sunday, April 24, 2011

Di manakah tanggungjawab kamu?

Alkisah 1 : Beberapa minggu yang lalu, aku mengalami kemalangan jalan raya. Alhamdulillah keadaan tidaklah terlalu teruk kerana kemalangan tersebut berlaku akibat kecuaian pemandu tidak memberikan signal menyebabkan dua kereta dihadapanku memberhentikan kereta secara mengejut. Akibat dari itu, kereta kami berciuman diantara satu sama lain serta melibatkan dua kereta lain dibelakangku.Lima kereta terbabit dalam kemalangan tersebut akibat dari sifat kedekut pemandu tersebut untuk menggunakan signal.


Alkisah 2 : Ketika berhenti di trafic light dalam perjalanan pulang dari menghantar kedua orang tuaku dari klinik kesihatan berdekatan sebuah ambulan melalui jalan bertentangan. Aku lihat, ambulan tersebut mengambil masa beberapa minit untuk melepasi deretan kereta yang berhenti di trafic light tersebut. Lambat benar mereka untuk memberi laluan kepada ambulan tersebut.Melihat kepada keadaan jalan tersebut tidaklah sempit sehingga tidak boleh memberi laluan kepada ambulan tersebut. Ermmmm...tidak terfikirkah mereka jika mereka yang berada di dalam ambulan tersebut?


Alkisah 3 : Aku dalam perjalanan menuju ke tempat kerjaku dalam linkungan 6.45 pagi. Ketika aku melalui sebuah sekolah yang mempunyai trafic light pejalan kaki, trafic light tersebut menyala kuning menandakan ada murid sekolah yang mahu melintas. Beberapa buah kereta di laluan aku memberhentikan kereta masing-masing.Dalam murid tersebut melintasi kereta di lalauan kami ada sebuah kereta di laluan bertentangan lalu dengan lajunya melanggar trafic light tersebut. Adakah kerana murid tersebut belum melalui jalan itu maka dengan selambanya pemandu tersebut tidak mengendahkan trafic light tersebut? Ataupun dia tidak perasan trafic light tersebut? Bagaimana jika murid tersebut berlari-lari untuk melintas? Apakah perasaan mereka jika anak-anak mereka diperlakukuan seperti itu?


Mudah-mudahan aku, ahli keluargaku, sahabat handaiku serta muslimin dan muslimat tidak melakukan perkara ini. I'Allah....

2 comments:

erisya nor said...

dear sis,

batu karang ni memang sukar diubati. suami kak dah banyak kali keluar batu tapi masih dok ada lagi
:( antara punca batu terbentuk semula adalah pemakanan. Namun sejak amalkan hi goat, batu mudah keluar.

semoga abah sis akan segera sembuh...memang siksa penyakit ni! tk care sis.

bajukurung said...

thanxs sis erisya and salam ukhwah,

i'allahnanti cube syorkan hi goat kat abah...last month da operate bg kuar bt sebelah kiri dan sebelah kanan pakai tiub kat dlm tp still x leh buang air kecil normally...x tahu apa punca..so still kene pakai urine bag...16/5/11 ni admit HSA JB tuk next operate buang bt sebelah kiri pula...apa pun terima kasih berkongsi cerita dan info...doakan abah selamat dan berjaya menjalani operation tu nanti yer...syukran ya!


play or stop

My Blog List

 

SuDuT BaJuKuRunG | Copyright © 2011
Designed by cik shiqa || | Template by Cik Shiqa